Sunday, February 17, 2013

Lelaki Yang Di Cintai

Terpanggil untuk menulis di pagi-pagi ni memandangkan ada sedikit kelapangan. Beberapa hari ni hati rasa tidak seronok melihat suami yang kadangkala bermuka monyok. Mungkin disebabkan keadaan rumah yang tidak berapa 'cantik' dan isteri yang tidak mencapai 'tahap piawaian'. Diriku bukan seorang yang pemalas..tetapi ya, memang 'agak' lembab dan sering clueless dalam bab mengemas..maksudnya ialah tidak tahu hendak mula dari mana dan kebiasaannya end up membuat 'semuanya'  tetapi separuh-separuh, yang mana akhirnya membuatkan tidak ada satu pun yang siap *sigh..*

Yang mana situasi di atas (suami bermuka monyok) membuatkan diriku berfikir untuk menyuruh suami berkahwin lagi. Haihhh..baiknya kamu, shima?? Taklah. Belum bersedia rasanya ke arah itu. Hati belum secekal Nurul Adni blogger Cahaya Hati Menuju Ilahi apatah lagi setabah isteri-isteri Rasulullah saw. Cumanya diriku berkata begitu kerana sedih melihat suami yang sedih. Mungkin dengan adanya 'rumah kedua' baginya dapat menjadi escapism bila merasa tension karenah anak-anak dan rumah yang bersepah dan  mungkin juga lauk yang tak sedap.

Adakah ini suara hati diriku yang sedikit depress ketika mengandung? Atau tekanan kerana tidak dapat berfungsi dengan lebih baik kerana tahap kesihatan? Yang kecewa tidak larat lagi untuk drive dan berjalan-jalan menghiburkan hati ke pusat membeli-belah? Jawapannya: YA. (blame it all on pregnancy :p i'm already 34 weeks)

Tidak ada isteri yang mahu melihat suaminya bermuka monyok. Tidak ada isteri yang mahu menjadi punca suaminya bersedih. Sedikit emosi pagi ini lantaran baru saja menonton drama 'Lelaki Yang Dicintai' di tv Al-Hijrah malam tadi. Berjaya Eja membawa watak isteri pertama yang luarannya dan kata-katanya seperti amat tabah dan pasrah, tetapi kala bersendiri tampak jauh hilang dalam pemikiran seorang isteri yang bermadu. Bukan satu, malah dua dan mungkinkah ada tambahan tiga madu di masa hadapan? Seredha manapun seorang perempuan, tak mungkin tidak merasa sakitnya berkongsi kasih.

Seperti tulisan Nurul Adni dalam entrinya Ketika Suami Menikah Lagi
"Suami hanya pinjaman ALLAH, suami menjadi wasilah mendekatkan diri kepada ALLAH. Perkahwinan adalah salah satu medan pengabdian yang tulus kepada ALLAH"
Tabik spring toing..toing.. kepada wanita-wanita bermadu setabah Nurul Adni. Anda hebat!! Semoga saya tidak perlu melaluinya satu hari nanti.

Setakat ini saja tulisan kali ini, saya nak pergi Google step-step untuk mengemas rumah :p Doakan saya menjadi isteri yang lebih baik ya sahabat semua!

3 comments:

  1. Kena kuat Shima..:) Jangan fikir yang bukan-bukan..mood memang ada pasang surutnyer...:)

    Tanyakan pada suami kenapa bermuram durja..tanya seperti seorang kawan..minta jawapan yang sincere..tanpa ada selindung dihati dan redha menerima sebarang jawapan pun..hehehe walaupun kena kutuk dek suami sendiri...heheeh

    Yakin Boleh...:)

    ReplyDelete
  2. Salam, terima kasih atas perhatian kak maria :-)
    alhamdulillah tiada sebarang masalah berat yang timbul setakat ini. selepas membaca entry ini, suami mengakui terbawa2 masalah opis ke rumah..tu yang sekali sekala berkerut dahinya weekend tu :p saya pulak jenis yang tak suka bertanya direct, melalui penulisan (sms, email) saya dapat menapis kata2 supaya tak terlalu emosi :-p

    ReplyDelete
  3. ouch. Mcm pernah melalui je rasa itu.... hahahaha. Be strong. ;)

    ReplyDelete